Monday, July 27, 2009

dialog depan tv

shay: boring la yang..

orked: g la kuar dating. yg u ngadap muka i ni nape?

shay: nk dating ngn sape plak?

orked: u takde gf ke? tak laku ye u ni..? ish, buat malu i je..

shay: ces!

Tuesday, July 21, 2009

dialog si penipu (perempuan itu suka panggil aku 'liar')

dulu-dulu. sebelum masuk tido. 'tet-tet' - bunyi sms masuk. gf ucap selamat tido. sambil mesej yg mantik-mantik.

orked: erm, sape sms malam-malam ni?

shay: aa.. erm.. hotlink ni. tempoh aktif hampir tamat. suh topap...

orked: aih, apahal hotlink nak mesej memalam plak?

shay: *tutup mata, buat-buat dah tido.

sekarang. sebelum masuk tido. 'teeet' - bunyi sms masuk. maxis spam. jgn harap nak dpt mesej mantik-mantik.

orked: erm, sape sms malam-malam ni?

shay: aa.. gf. dia ckp, gudnite, i luv u. mlm ni mimpi i tau..

orked: amboih.. berani nampak?

shay: *angkat kening sambil buat muka macho.

nota kuku kaki:
if you cheat on your partner, please don't hesitate to tell, no matter how bad the outcomes will be. because you have already done it and just because people does not know it doesn't make you any less jerk. hahah..

Saturday, July 11, 2009

and watching this - kalo ko tak suka, mmg ko takde taste ah..

am listening to her - and jatuh cinta sama ana rafalli


Wani%20Ardy
Quantcast

dialog komputer

orked: watpe yang
orked: utk awak : http://nileorked.blogspot.com/?zx=ca852751bf8cef6
orked: awk takkan jumpa pic camtu kat blog org lain
orked: sweet kan? hahah ( aku yang sentiasa perasan cute bila bersama kekasihku)

shay : hahaha
shay : kao mmg

orked: ngan awak je..
orked: klu ngan org lain.. mana nak amek gambar camtu
orked: patah plak katil tu... tak pasal2 kena charge kat amex i tau....
orked: hahah

shay : ahahaha

nota kuku kaki:
bukan aku je. kau pon dia suka tembak. haha! sapa mkn cili, dia rasa la pedas ke tak.

p/s: jgn salah faham. ini bukan gambar aksi di ranjang. ini aksi pillow fight. juga aksi trampolin yg memenatkan.

Friday, July 10, 2009

dialog di pagi hari yang busy

senario pagi jumaat:
cik orked mengadap thinkpad. bekerja. busy. work from home, katanya.
en. shay mengadap tv. sambil belajar. busy. study from home, perlinya.
memang tiap hari pon dok mengadap tv, kerjanya.
tapi hari ni, ada semangat baru. bagai ditiup-tiup. biadadari di sisi la katakan.
bingkas, menuju beautiful washing machine. cuci duvet. sambil repair paip yang leaking.
selesai, bawak keluar toolbox plak. kejap nak repair lampu toilet la. kejap nak drill dinding yg tak blh nak tembus la. kejap nak pasang langsir la.

shay: erm.. be.. i nak pasang langsir bilik ni. ada nak wat pape lagi tak? kalo tak, i nak simpan toolbox ni.

orked: (sambil separa berbisik) eee.. laki aku ni. time aku kat opis, dia duduk je tak wat pape. time aku ada ni la, memacam dia nak buat. "show-off" betul tau...

shay: what? u kata i nak show-off? ces!

nota kuku kaki:
macam la aku ni baru bercinta dgn ko sebulan dua. macam la aku ni jenis jantan-jantan yg takde modal tapi nak tunjuk terer buat sume benda. lain la kalo u ni girl next door. blh gak i nak show-off sambil flirting tau. ;)

Wednesday, July 8, 2009

dialog suatu masa dulu

suatu masa dulu. waktu putik cinta sedang mekar setaman. waktu jagung baru setahun dua. waktu-waktu bermimpi utk punya keluarga bahagia. punya anak yang comel-comel.
jalan-jalan. pegang tangan. di shopping complex. nampak kanak-kanak comel-comel.

shay: comelnya budak tu? bila la kita nak dapat anak, kan yang?

orked: nak dapat camane? dah u tu mandul!

shay: what?!

nota kuku kaki:
tak boleh la nak romantik kejap tau. suka tembak aku dgn jawapan-jawapan yg menyengat.

Saturday, July 4, 2009

dialog quarter closing

senario sepanjang perjalanan dari A ke B selama 1 jam setengah...

orked: diorang tu kan... bla.. bla.. bla.. amortized... bla bla bla..

shay: iye?

orked: sales op... bla bla bla.. accrued... bla bla bla.. reclass... bla bla bla..

shay: bistu?

orked: recognize revenue... bla bla bla... ledger.. bla bla bla... accountant...

shay: erm..

orked: boss... bla bla bla.. asean.. bla bla bla.. apcc... bla bla bla... software...

shay: then?

orked: bla bla bla.. services.. bla bla bla.. cso.. bla bla bla.. billing.. bla bla bla...

shay: *blur blur blur...

nota kuku kaki:
saya hanya bersandarkan ilmu prinsip akaun masa amek spm dulu. nasib jugak selalu tlg buatkan case study cik orked masa dia belajar accounting kt uni dulu. nak kata paham tu, mmg takde la. tapi agak agak je, rasanya respon saya masuk gak la ngan topik yg dia cerita tuh. bukan dia kira saya faham ke tak, dia cerita macam la saya ni student acca, kan?

Wednesday, July 1, 2009

takde dialog. cik orked bz closing...

saya suka tonton filem. tapi ramai yg tak suka tonton filem yg saya tonton. cik orked selalu ckp filem yg sy tonton membosankan. sy tonton filem seperti: beautiful mind, life is beautiful, forrest gump, godfather, chicago, lost in translation, mukhsin, talentime, malaikat di jendela, bukak api, beautiful washing machine, dan filem-filem yg tak masuk mainstream.

saya juga tak suka membazir duit tonton filem kat wayang. jadi, saya hanya akan masuk wayang bila dapat tiket percuma. haha.. bulan lepas dapat tonton 2 filem percuma: transformers & gadoh.

saya bukan budak filem. saya tak belajar filem. jadi, saya tak pandai nak review filem. saya takde ilmu utk komen filem org tu bagus atau tak. tapi saya ada hati dan perasaan utk dipuaskan bila tonton filem.

serius, saya tak puas hati tgk transformers. maybe expectation saya terlalu tinggi. sbb saya sgt teruja dgn 1st movie dulu. michael bay terlalu fokus dgn cgi buatkan dia lupa nak kembangkan watak autobots dan decepticons. plot cerita macam tak kemas. awek saya, mikaela tuh plak tukar watak jadi mak turut. alahai, turn-off tau.

tukar filem: gadoh bagi saya sgt jujur. dia tunjuk apa yg sebenarnya berlaku dalam malaysia. ada cerita, ada kelakar, ada sinis. sesuai sangat ditonton oleh cikgu dan bakal cikgu.

walaupun dua-dua tiket percuma, gadoh lebih berbaloi utk duit petrol saya berbanding transformers.