Saturday, April 16, 2011

selepas 6 hari ditinggalkan orked, gua rasa macam dah boleh beradaptasi dengan suasana. tiap hari bangun awal pagi, iron baju. bukan bangun awal sebab nak iron baju, tapi sebab takde awek nak tarik tiap kali gua nak bangun tidur. "jap la yang, 5 minit, 5 minit. peluk i dulu.." dan senario itu akan berlarutan sehingga lebih 30 minit.

sambil iron baju, (bukan minggu ni je, memang tiap-tiap minggu pun) gua akan berangan. "kan sweet kalau awek gua yang iron-kan baju gua." sebabnya - orked paling pemalas dalam dunia bab iron baju ni. tapi yang gua hairan, tang iron rambut, dia rajin plak. rumah gua ni ada entah dua ke tiga jenis iron rambut tah. boleh bukak saloon kot.

gua takde la nak komplen sangat, sebab dalam bebanyak kerja rumah, iron baju ni kiranya favourite gua jugak la sebab boleh berangan sambil tu. tapi ada ke patut si orked suruh bibik indon yang datang cuci rumah tu iron semua baju yang dalam almari tu. siap dgn langsir, cadar semua dia suruh iron. haih... gua hanya mampu menggeleng je. senang betul ko buat kerja ye, cik orked oi..

bila ditinggalkan keseorangan macam ni, baru gua perasan. otak akan mula berfantasi yang bukan-bukan. mata akan mula mencari bayangan-bayangan. rasa seperti mahu mengulit dan diulit gadis-gadisan. baru gua faham perasaan gp di perantauan. =)

sebenarnya gua nak cakap, walaupun gua selalu wish yang orked akan bangun pagi, iron baju gua, siapkan gua sebelum gi ofis, buatkan breakfast, hantar kat pintu rumah sambil kiss kat pipi dan cakap, "buat kerja rajin-rajin ye. jangan nakal kat ofis tau!" sambil kenyit mata, tapi hakikatnya, perkara tu takkan berlaku. dan gua akan rasa macam, "tak sweet betul gelfren i ni."

tapi gua selalu lupa, yang bila gua balik tengahari dengan perut yang lapar, orked dah siapkan lunch atas meja, dan teman i makan sampai habis. pastu, i gi ofis balik, dan bila balik petang dengan badan yang letih, orked akan sediakan dinner untuk i atas meja juga macam biasa. dan gua tak pernah pon terfikir yang semua itu sangat sweet. ko ingat senang nak kupas bawang, siang ikan, terpercik kena minyak panas semua, basuh pinggan, periuk, kuali lagi... kan sweet semua tu..(bila dah buat selalu, nampak macam takde la sweet sangat, kan?)

kesimpulannya,
be... dah seminggu i makan biskut dengan kerepek. next week u balik, masak sedap-sedap ye.. i tak kesah, u bangun lewat camana pon, i tak marah. u tanak kemas umah pon takpe, nanti kita panggil bibik datang ye. janji u masak besh besh. i nak makan nasi minyak, ayam masak merah, lamb chop, asam pedas ikan parang, macaroni bakar, green curry... nanti i pikir lagi nak makan apa...

Friday, April 8, 2011

orked: u, tadi i bukak emel lama..

shay: hmm..

orked: u tau i jumpa apa?

shay: apa?

orked: ada iklan... dia cakap - 'rahsia abang panc*t lambat'

shay: ee.. tak senonoh. u baca buat apa?

orked: takla.. i ingat, nak beli untuk u..

shay: ok, FUCK!

Monday, March 21, 2011

dialog bersama gadis-gadis di pejabat

gadis A: en shay, jd ke naik belon semalam?

shay: ceh, hujan la..

gadis B:
haah, kat umah saya hujan lebat semalam.

shay: saya nak keluar, kawan saya ckp 'hujan la..' tp saya tgk langit, saya kata, 'sempat lagi ni..'

gadis-gadis A, B dan C itu ketawa mengekek..

gadis C: habis tu?

shay sambung cerita..

shay: masa dalam kereta, dari PICC tu, dah nampak dah Perdana Putra hujan lebat.. tapi saya cakap, 'sempat ni, sempat kot'.. masa tu, presint 2 tak hujan lagi..

gadis-gadis itu mengekek lagi..

shay: elok je saya sampai kat area parking tu, hujan pun turun rintik-rintik. tapi rupanya, belon semua mmg dia dah simpan ye..?

gadis B: memang la. kalau tidak bertakung la bakul tu..

shay: takpe, esok pepagi buta, saya nak beratur. kol 6.30pg saya keluar rumah.

gadis-gadis itu masih ketawa mengekek..

gadis C: semangat! en shay beratur la. kitorang esok pagi nak tidur sampai tengahari.. bla.. bla.. bla...

bintang:
untungnya di tempat kerja gua, banyak gadis-gadis cun, manja dan ketawa mengekek. oleh kerana kematangan, jadinya, gua takdela menggedik sangat.

bila penat atau stress dah sampai, gua akan jalan-jalan pusing ofis. kata orang, cuba carik positive energy. dan biasanya positive energy ni akan gua jumpa di tempat gadis-gadis ini berkumpul.. hehehe..

tapi gua hairan jugak, gua rasa takdela gua buat lawak ke apa. cerita macam biasa-biasa je. tapi gadis-gadis itu biasanya akan ketawa mengekek bila dengar gua bercerita. entah mereka ketawa dengar cerita gua, atau ketawakan gua. tak kisahla.. janji gua dapat semula energy utk sambung kerja yang sepatutnya..

dan kalau gua outstation sampai 2 mggu, bila masuk balik ofis, biasanya gadis-gadis ini akan tegur gua dari jauh, "en. shay, laaama tak nampak..?"
dan gua dengan senyum macho utk jaga status akan jawab, "saya ada kursus.."
walaupun dalam hati sebenarnya nak cakap "i tau u all rindu kat i, kaannn..?" 

Sunday, February 27, 2011

lelah 2 minggu backpacking masih belum habis. dah kena outstation 2 minggu pulak. seriously, i need a holiday after a holiday..

terima kasih sayang utk trip kali ni. well planned and well managed. rancangan awak sangat perfect menjadikan semuanya berjalan lancar dan mudah. dan mungkin itu adalah reason yg buat awak rasa bosan dengan backpacking trip kali ni.

yg buat saya terfikir-fikir, kenapa bila sesuatu perkara itu seronok utk kita, ramai yg kata tak. atau bila org kata tempat itu heaven, dan kita sama-sama buat kesimpulan yg it was overrated. sangat alien kah kita?

mungkin keseronokan traveling ialah bila kita experience seribu satu masalah - tertinggal flight, language barrier, fully-booked room, bergaduh dgn local, kena halau, accident dan mcm-mcm lagi benda yg tak pernah terfikir akan jadi di negara sendiri. well sayang, apa pun saya enjoy dgn trip kali ni walaupun demam sepanjang trip. so, it's gonna be my turn for next year's trip. but i think of something without planning... just go to the airport, and catch the first flight. sound interesting, huh?

Monday, January 24, 2011

what do your belongings say about you?

dekat 2 bulan pindah, kemas barang pon tak abes lagi.

shay: alamak, ini buku bekas kekasih hati..

orked: kekasih yg mana pulak?

shay: kekasih yg baca buku-buku mcm ni la.. camana pulak nak pulangkan kat dia..

orked: amboi.. amboi.. ngada-ngada nak pulangkan apsal pulak? cari alasan nak jumpa la tu..

shay: eh, tak terfikir pon nak jumpa. nak pulangkan buku je. pos pon boleh..

orked: ni semua sampah u tau tak?

shay: eleh, cakap orang. ni dlm envelope ni, semua dokumen u..

orked: bak sini envelope tu. jgn kacau barang orang..

shay: ada surat cinta la tu?

orked: haah. surat cinta dari bank. tak boleh tgk. tah ada credit card statement ke.. nanti u bising je..

shay: ooo.. shopping sorok-sorok..

bintang:
orked - addicted to shopping
shay - addicted to girls books ;)

Saturday, January 15, 2011

oke, tahun ni, cinta kitorang masuk 15 tahun. tak tahu lah dah ready ke belom nak amek PMR.

jgn tanya rahsia hubungan berkekalan. ianya bukan rahsia pon. kalo rasa sayang, stay. kalo agak-agak dah bosan, carik la org lain. kalo rasa org lain tu lagi membosankan, baik kapel je balik dgn ex. itu pon kalo dia nak lagi la haha..

yg pentingnya, camane nak elakkan bosan. kreatif dalam mencorakkan hubungan. kalau rasa menggatal sekali sekala tu perkara yg kreatif, buat la. jgn kantoi sudah.

jgn cerita pasal etika kat sini, sbb kita bukan malaikat. dan perkara ini tidak terpakai utk org yg berpegang teguh pada segala macam value.

ada org memartabatkan tinggi value-value dlm hidup - friendship value, relationship value, intrinsic value, moral value dan banyak lagi sammy velu. gua respek org yg fikir dalam-dalam, apply dan boleh discuss segala mak jadah value ni. sbb gua jenis simple, semuanya amek surface je. bukan jenis think deep. tp tak bermakna gua takde value. cuma byk mende lagi gua nak pikir - GTP, RMK10, NKRA etc.

jgn jugak cerita pasal karma. sbb org hindu je yg percaya kat karma tu. dalam tempoh 2007-2009, kerja gua - breakfast dgn awek lain, dinner dgn perempuan lain dan tidur malam dgn gadis berlainan. sejak mula berjinak-jinak dgn title "player" (org tak hensem blh jd player ke?), sampai la bersara dari title tu, belum pernah frust lagi even keja gua buat org frust. so, mana karma nya kat sini? maybe kena tunggu orked tinggalkan gua kot. seriously, instead of bercerita pasal karma, baik la relate kan dgn qada' dan qadar ke, buat baik dibalas baik ke, buat jahat jgn sekali ke..

khas buat gadis-gadis peneman makan, minum, tidur dan segala macam aktiviti saya selama ini, terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya. maaf kalau ending kita tak seperti fairy tale. anggap je la semua tu proses hidup. ada awek yg sporting - boleh terima dan boleh kawan balik. ada awek sensitif - tak boleh terima, marah dan berdendam. tapi, kalau ada yg masih sayang kan saya tu, aaa.. saya masih pakai no lama hahaha...

utk orked,
saya masih sayang kamu. macam yang saya janji 15 tahun dulu..

Tuesday, December 28, 2010

orked: u risau tak bila i call ckp keta takleh start td?

shay: risau la

orked: napa nak risau plak? u ni mana pernah ambil kisah kat i. org ckp, u ni kurang kasih sayang. sebenarnya, i ni yg kurang kasih sayang tau tak?

shay: yeke?

orked: dahla mlm td i sakit, u siap bgn carik ubat semua. i ingat u marah sbb i kacau u tido.

shay: dah u sakit, takkan i nak biar je.

orked: mesti u tgh sayang i sgt, kan?

shay: sayang la.. takkan tak sayang pulak.

orked: kalau i tinggalkan u skrg ni mesti besh, kan?

shay: *evil gila perempuan ni