saya suka tonton filem. tapi ramai yg tak suka tonton filem yg saya tonton. cik orked selalu ckp filem yg sy tonton membosankan. sy tonton filem seperti: beautiful mind, life is beautiful, forrest gump, godfather, chicago, lost in translation, mukhsin, talentime, malaikat di jendela, bukak api, beautiful washing machine, dan filem-filem yg tak masuk mainstream.
saya juga tak suka membazir duit tonton filem kat wayang. jadi, saya hanya akan masuk wayang bila dapat tiket percuma. haha.. bulan lepas dapat tonton 2 filem percuma: transformers & gadoh.
saya bukan budak filem. saya tak belajar filem. jadi, saya tak pandai nak review filem. saya takde ilmu utk komen filem org tu bagus atau tak. tapi saya ada hati dan perasaan utk dipuaskan bila tonton filem.
serius, saya tak puas hati tgk transformers. maybe expectation saya terlalu tinggi. sbb saya sgt teruja dgn 1st movie dulu. michael bay terlalu fokus dgn cgi buatkan dia lupa nak kembangkan watak autobots dan decepticons. plot cerita macam tak kemas. awek saya, mikaela tuh plak tukar watak jadi mak turut. alahai, turn-off tau.
tukar filem: gadoh bagi saya sgt jujur. dia tunjuk apa yg sebenarnya berlaku dalam malaysia. ada cerita, ada kelakar, ada sinis. sesuai sangat ditonton oleh cikgu dan bakal cikgu.
walaupun dua-dua tiket percuma, gadoh lebih berbaloi utk duit petrol saya berbanding transformers.