Saturday, April 16, 2011

selepas 6 hari ditinggalkan orked, gua rasa macam dah boleh beradaptasi dengan suasana. tiap hari bangun awal pagi, iron baju. bukan bangun awal sebab nak iron baju, tapi sebab takde awek nak tarik tiap kali gua nak bangun tidur. "jap la yang, 5 minit, 5 minit. peluk i dulu.." dan senario itu akan berlarutan sehingga lebih 30 minit.

sambil iron baju, (bukan minggu ni je, memang tiap-tiap minggu pun) gua akan berangan. "kan sweet kalau awek gua yang iron-kan baju gua." sebabnya - orked paling pemalas dalam dunia bab iron baju ni. tapi yang gua hairan, tang iron rambut, dia rajin plak. rumah gua ni ada entah dua ke tiga jenis iron rambut tah. boleh bukak saloon kot.

gua takde la nak komplen sangat, sebab dalam bebanyak kerja rumah, iron baju ni kiranya favourite gua jugak la sebab boleh berangan sambil tu. tapi ada ke patut si orked suruh bibik indon yang datang cuci rumah tu iron semua baju yang dalam almari tu. siap dgn langsir, cadar semua dia suruh iron. haih... gua hanya mampu menggeleng je. senang betul ko buat kerja ye, cik orked oi..

bila ditinggalkan keseorangan macam ni, baru gua perasan. otak akan mula berfantasi yang bukan-bukan. mata akan mula mencari bayangan-bayangan. rasa seperti mahu mengulit dan diulit gadis-gadisan. baru gua faham perasaan gp di perantauan. =)

sebenarnya gua nak cakap, walaupun gua selalu wish yang orked akan bangun pagi, iron baju gua, siapkan gua sebelum gi ofis, buatkan breakfast, hantar kat pintu rumah sambil kiss kat pipi dan cakap, "buat kerja rajin-rajin ye. jangan nakal kat ofis tau!" sambil kenyit mata, tapi hakikatnya, perkara tu takkan berlaku. dan gua akan rasa macam, "tak sweet betul gelfren i ni."

tapi gua selalu lupa, yang bila gua balik tengahari dengan perut yang lapar, orked dah siapkan lunch atas meja, dan teman i makan sampai habis. pastu, i gi ofis balik, dan bila balik petang dengan badan yang letih, orked akan sediakan dinner untuk i atas meja juga macam biasa. dan gua tak pernah pon terfikir yang semua itu sangat sweet. ko ingat senang nak kupas bawang, siang ikan, terpercik kena minyak panas semua, basuh pinggan, periuk, kuali lagi... kan sweet semua tu..(bila dah buat selalu, nampak macam takde la sweet sangat, kan?)

kesimpulannya,
be... dah seminggu i makan biskut dengan kerepek. next week u balik, masak sedap-sedap ye.. i tak kesah, u bangun lewat camana pon, i tak marah. u tanak kemas umah pon takpe, nanti kita panggil bibik datang ye. janji u masak besh besh. i nak makan nasi minyak, ayam masak merah, lamb chop, asam pedas ikan parang, macaroni bakar, green curry... nanti i pikir lagi nak makan apa...

Friday, April 8, 2011

orked: u, tadi i bukak emel lama..

shay: hmm..

orked: u tau i jumpa apa?

shay: apa?

orked: ada iklan... dia cakap - 'rahsia abang panc*t lambat'

shay: ee.. tak senonoh. u baca buat apa?

orked: takla.. i ingat, nak beli untuk u..

shay: ok, FUCK!