gadis A: en shay, jd ke naik belon semalam?
shay: ceh, hujan la..
gadis B: haah, kat umah saya hujan lebat semalam.
shay: saya nak keluar, kawan saya ckp 'hujan la..' tp saya tgk langit, saya kata, 'sempat lagi ni..'
gadis-gadis A, B dan C itu ketawa mengekek..
gadis C: habis tu?
shay sambung cerita..
shay: masa dalam kereta, dari PICC tu, dah nampak dah Perdana Putra hujan lebat.. tapi saya cakap, 'sempat ni, sempat kot'.. masa tu, presint 2 tak hujan lagi..
gadis-gadis itu mengekek lagi..
shay: elok je saya sampai kat area parking tu, hujan pun turun rintik-rintik. tapi rupanya, belon semua mmg dia dah simpan ye..?
gadis B: memang la. kalau tidak bertakung la bakul tu..
shay: takpe, esok pepagi buta, saya nak beratur. kol 6.30pg saya keluar rumah.
gadis-gadis itu masih ketawa mengekek..
gadis C: semangat! en shay beratur la. kitorang esok pagi nak tidur sampai tengahari.. bla.. bla.. bla...
bintang:
untungnya di tempat kerja gua, banyak gadis-gadis cun, manja dan ketawa mengekek. oleh kerana kematangan, jadinya, gua takdela menggedik sangat.
bila penat atau stress dah sampai, gua akan jalan-jalan pusing ofis. kata orang, cuba carik positive energy. dan biasanya positive energy ni akan gua jumpa di tempat gadis-gadis ini berkumpul.. hehehe..
tapi gua hairan jugak, gua rasa takdela gua buat lawak ke apa. cerita macam biasa-biasa je. tapi gadis-gadis itu biasanya akan ketawa mengekek bila dengar gua bercerita. entah mereka ketawa dengar cerita gua, atau ketawakan gua. tak kisahla.. janji gua dapat semula energy utk sambung kerja yang sepatutnya..
dan kalau gua outstation sampai 2 mggu, bila masuk balik ofis, biasanya gadis-gadis ini akan tegur gua dari jauh, "en. shay, laaama tak nampak..?"
dan gua dengan senyum macho utk jaga status akan jawab, "saya ada kursus.."
walaupun dalam hati sebenarnya nak cakap "i tau u all rindu kat i, kaannn..?"