oke, tahun ni, cinta kitorang masuk 15 tahun. tak tahu lah dah ready ke belom nak amek PMR.
jgn tanya rahsia hubungan berkekalan. ianya bukan rahsia pon. kalo rasa sayang, stay. kalo agak-agak dah bosan, carik la org lain. kalo rasa org lain tu lagi membosankan, baik kapel je balik dgn ex. itu pon kalo dia nak lagi la haha..
yg pentingnya, camane nak elakkan bosan. kreatif dalam mencorakkan hubungan. kalau rasa menggatal sekali sekala tu perkara yg kreatif, buat la. jgn kantoi sudah.
jgn cerita pasal etika kat sini, sbb kita bukan malaikat. dan perkara ini tidak terpakai utk org yg berpegang teguh pada segala macam value.
ada org memartabatkan tinggi value-value dlm hidup - friendship value, relationship value, intrinsic value, moral value dan banyak lagi sammy velu. gua respek org yg fikir dalam-dalam, apply dan boleh discuss segala mak jadah value ni. sbb gua jenis simple, semuanya amek surface je. bukan jenis think deep. tp tak bermakna gua takde value. cuma byk mende lagi gua nak pikir - GTP, RMK10, NKRA etc.
jgn jugak cerita pasal karma. sbb org hindu je yg percaya kat karma tu. dalam tempoh 2007-2009, kerja gua - breakfast dgn awek lain, dinner dgn perempuan lain dan tidur malam dgn gadis berlainan. sejak mula berjinak-jinak dgn title "player" (org tak hensem blh jd player ke?), sampai la bersara dari title tu, belum pernah frust lagi even keja gua buat org frust. so, mana karma nya kat sini? maybe kena tunggu orked tinggalkan gua kot. seriously, instead of bercerita pasal karma, baik la relate kan dgn qada' dan qadar ke, buat baik dibalas baik ke, buat jahat jgn sekali ke..
khas buat gadis-gadis peneman makan, minum, tidur dan segala macam aktiviti saya selama ini, terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya. maaf kalau ending kita tak seperti fairy tale. anggap je la semua tu proses hidup. ada awek yg sporting - boleh terima dan boleh kawan balik. ada awek sensitif - tak boleh terima, marah dan berdendam. tapi, kalau ada yg masih sayang kan saya tu, aaa.. saya masih pakai no lama hahaha...
utk orked,
saya masih sayang kamu. macam yang saya janji 15 tahun dulu..