aku mencapai remote, mula memainkan video klip lagu-lagu dari cerita glee. ku lantas bangun sambil menggoyang-goyangkan badan meniru rutin tarian. dari dalam bilik, orked mengomel-ngomel sambil sibuk packing utk aktiviti camping keesokan harinya.
"baik aku tolong, kang dia ngamuk, buat hilang mood je nanti," getus hatiku. kucapai t-shirt 3 helai, buff dan busana tersipu lalu ku sumbatkan ke dalam beg. sesudah itu, kuhempaskan badan ke tilam sambil mataku tertancap pada orked.
"abg pakai baju apa? be tak tau la nak pakai baju apa? be takde baju la. rimas, tau tak?" sudah masuk 2 minggu orked menyuarakan masalah yang baginya sangat besar itu. setiap pagi, kerisauannya tentang pakaian ke pejabat menjadi-jadi.
"t-shirt syg kan banyak. pakai la t-shirt gelap, kalau tak nanti burung lari," kucuba memberikan cadangan yg bernas. sesuai dgn misi kami utk mengintai burung esok.
"t-shirt be dah takde dah. semua buruk."
"memang la buruk. mana ada orang pakai baju baru hari-hari?," aku mula panas hati. "ko fikir ko tu paris hilton mahu tukar baju baru hari-hari?" soalku, dalam hati je la tapi.
"ala, be taknak. baju kerja pon takde. semua dah buruk."
"apa yang buruknya? baju awak penuh 2 almari tau tak? tu kat bilik sana tu, berlambak-lambak baju, taknak pakai," aku mula meninggikan suara.
"mana ada baju?" orked membalas.
"tu baju kurung banyak-banyak tu nak buat apa?"
"ala, tak nak pakai baju kurung," tonasi suaranya berubah mendadak menjadi rendah dan manja.
orked lantas bergerak ke arah katil, baring lalu melabuhkan kepalanya di perutku. dia terdiam beberapa ketika, dan tidak semena-mena menangis teresak-esak. duh, aku clueless. tadi oke je, tetiba plak boleh menangis. kuusap rambutnya perlahan, cuba memujuk. otak berselirat, cuba mencari kata-kata yang paling sesuai untuk kuluahkan bagi kupujuk hatinya yang bersedih itu. dan hasilnya:
"tensen sgt ke be takde baju baru ni? sampai be nanges-nanges ni?"
"hah?" orked menatap wajahku yang kebingungan. "awak, saya ni dah nak masuk 29 thn la. bukan lagi orked yg awak kenal masa umur 14 thn dulu. cuba awak fikir, apa yg org umur 29 thn macam saya ni risau?"
"aaa.. awak nak gi saloon ye? nanti saya teman awak gunting rambut ye?" tekaan ku lagi.
"awak! saya dah besar la. takdenye saya nak risau pasal benda-benda kecik macam tu."
"bistu, apa dia?"
"pikirlah sendiri!"
nota kaki:
you'll never understand women. kejap gelak, kejap nangis. bila dia cerita pasal sesuatu, otaknya berfikir tentang sesuatu yg lain. while men - even when a man is listening, he's still going to get it wrong. =p