Tuesday, December 28, 2010

orked: u risau tak bila i call ckp keta takleh start td?

shay: risau la

orked: napa nak risau plak? u ni mana pernah ambil kisah kat i. org ckp, u ni kurang kasih sayang. sebenarnya, i ni yg kurang kasih sayang tau tak?

shay: yeke?

orked: dahla mlm td i sakit, u siap bgn carik ubat semua. i ingat u marah sbb i kacau u tido.

shay: dah u sakit, takkan i nak biar je.

orked: mesti u tgh sayang i sgt, kan?

shay: sayang la.. takkan tak sayang pulak.

orked: kalau i tinggalkan u skrg ni mesti besh, kan?

shay: *evil gila perempuan ni

Monday, December 20, 2010

selamat serba baru serba satu

orked: be rasa bahagia sangat..

shay: awak tu memang... materialistik..

orked: be ada ucapan, nak bagi kat abang. tapi, nantilah. tunggu house warming party nanti be bagi ucapan..

shay: be.. poyo gila. bawak-bawak mengucap..

orked: haih.. seronoknya. tahun baru, rumah baru, kerja baru, tempat baru, boyfriend je lama...

bintang:
kami akan merindui hiruk pikuk damansara: perdana-mutiara-kota.
kami akan ditemani sunyi-sepi-lengang-permai di kawasan baru.
mahu berbasikal ke pejabat sendiri dan berjalan kaki ke pejabat orked untuk makan tengahari.
takde can nak lunch date dgn aweks lain lepas ni =p

Thursday, December 2, 2010

dialog bila jay frust selepas 4 tahun bercinta

shay: ko ada sebut-sebut nama dia tak?

jay: takde kot. dah 2 hari aku tak ingat kat dia dah.

shay: okela tu..

orked: zack, u pernah frust tak? u pernah, kan?

zack: pernah..

orked: anne pernah frust?

anne: ntah. setakat ni tak pernah la teruk sampai menangis ke apa ke..

orked: dulu masa ngan shay - tak frust? *separa berbisik..

anne: apa? tak dgr?

jay & shay: ko ni bodoh laa..

*seraya shay dgn anne tersipu-sipu malu - macam haram!

bintang:

manusia anti sosial mcm gua mana reti berkawan. kawan2 senget boleh dibilang dgn jari. nama-nama (bukan nama sebenar) di atas adalah antara lingkaran kawan2 gua.

orked kata - jay adalah wingman gua. ntahla.. gua tak pernah pulak keluar surat kuasa melantik dia sebagai mate ke wingman ke. gua tak perlukan wingman utk ngorat awek hehe.. gua pon tak pernah suruh dia cover / back up kalau gua kantoi. tapi sbb jay kawan yg baik, dia faham maksud persahabatan itu tanpa perlu diminta.

anne - oh, gua pernah ber-skandal dgn dia satu masa dulu. well, perempuan.. tak boleh terima kalau kita sekadar mahu open relationship. mujur dia bersedia maafkan gua. so, nak tebus salah, gua kenalkan dia dgn bestfriend orked yg satu tempat belajar & bekerja - zack. mereka masih sgt bahagia tanpa gaduh-gaduh selepas setahun bercinta. (tak paham oke, camane boleh tak gaduh)
 
orked suruh gua carikan awek utk jay pulak. alahai, ingat senang ke nak carik kriteria awek pilihan dia: putih, tinggi, kurus, rambut panjang lurus, muka sedap mata memandang. anyone?

Saturday, November 27, 2010

dialog telefon

orked: u pegi mana pagi tadi? apsal i friend finder u kat tmpt lain?

shay: manade. u friend finder i ke friend finder diri u? u tu yg salah baca.

orked: u ni kalo sampai ofis bukan nak msg tau. tiap pagi i risau u ni sampai ke tak.

shay: ok, nanti i msg..

orked: ala, u tu cakap je nak msg. selalu tak msg pon. susah sgt ke nak bgtau dah smp?

shay: i lupa la yang..

orked: mcm la byk sgt keja kat ofis tu. sbb tu i nak pindah duduk dekat ngan ofis u. takdela risau sgt nnt.. *alasan tak munasabah, ok

bintang:

kalau ramai org takleh hidup takde hp, gua pulak takleh hidup dekat dgn telefon. 2 tahun lepas adalah kali pertama gua beli hp - sony ericsson 2nd hand rm300 dari adik ipar gua, yg gua pakai skrg ni lah. sebelum ni, semua hp adalah hasil sedekah dari kakak, adik atau gf-gf yg bermurah hati ;) terima kasih girlfriends..

dulu masa kerja menjaga 350 nyawa setiap minggu, boss bagi blackberry 1, hp cokia 1 - yg kedua-duanya akan berbunyi setiap 5 minit. gua perkenalkan polisi - no news means good news. "telefon saya hanya apabila ada budak patah kaki, gua runtuh atau kayak kena langgar dgn feri"

sekarang ni, sakit jiwa jugak la bila orang asyik call je. kalo tanak angkat, kita ni bekerja dgn stakeholders. tapi kalau gua angkat pon, bukan gua ada kuasa nak selesaikan masalah merata satu malaysia ni. jawabnya - gua tutup hp. siap cabut line telefon opis. matilaa kalo bos gua tau. itulah sebabnya i tak sempat nk msg u pepagi cik orked oii..

Tuesday, November 16, 2010

dialog-dialog tak tahu

situasi: shay gi outstation. z & awek menemankan orked jemput shay kat klia.

z: shay touch down kol bp?

orked: ntah. dia ckp tunggu kat airpot kol 8pm.

z: dia naik flight apa?

orked: ntah. xtau. ala, dia kata tggu je kat arrival hall.

situasi: orked gi holiday. shay baru kuar hutan selepas 3 hari terputus hubungan dgn dunia luar.

shay: orked dh smp ke? dia ada call?

awek z: awak katne ni? takgi amek orked ke?

shay: saya baru kuar hutan. call dia tak dpt-dpt pon.

awek z: jap, saya tanya z.

z: nnt ptg shay amek orked kt airport ke? dia touch down kol 3.10pm.

shay: ooh, ok. shay baru habis camping. ingat dia touch down kol 12pm. kol 3pm eh? patut call x dpt.

bintang:
dulu dulu, masa mula mula bercinta - dia bangun pukul brp, apa dia mkn, sependa kaler apa, semua kamu tahu, semua kamu ingat.
sekarang, lepas 14 tahun bercinta - dia kat mana, dengan sapa, apa dia buat, semua kamu tak tau. no hp dia pon kamu tak ingat, kan? apakah??!

Wednesday, November 10, 2010

orked won't be around till sunday - spending some times & money with her BFFs. she'll depart tonight but i'm not gonna send her to the airport. somehow, i've missed her already. haih, sejak bila plak shay menjiwang ni.


i was planning to get a social escort* but camping seems far more interesting =p yeah, let's play dirty this weekend!

Friday, November 5, 2010

post production review


bila belek gambar-gambar shay dgn orked;

shay: be ni cantik, kan? malu plak i...

orked: kenapa plak?

shay: macam tak padan je i kapel ngan u...

orked: kalo dah sedar diri tu, rajin-rajin la tgk cermin ye..

Wednesday, November 3, 2010

to be continued...

shay baring. sambil congak-congak esok turn gadis mana yang keluar dgn dia. orked menghampiri shay. sekadar dibaluti korset pelansing tubuh, dia memulakan aksi-aksi si penggoda. tapi shay, tak heran.

orked: sayang, sini la. i nak u...

shay: takmo la, i takde mood..

orked: meh la kiss br**st i ni..

shay: tanak la. mulut i sakit, ada ulcer..

orked: yeke? rugi la, br**st i tgh ranum ni..

orked mula buka kancing korset satu demi satu...

Monday, November 1, 2010

dialog atas katil

bangun tidur, buka mata, nampak orked.
buka mata, nampak orked, bangun tidur.
nampak tidur, bangun mata, buka baju orked.

shay: apa rasanya, buka mata, nampak awak tiap pagi?

orked: 'awak'..? means awak?

shay: tak.. saya tanya diri saya sendiri.

orked: so.. apa rasanya, bangun tidur nampak saya?

shay: takde pape.. biasa je.. *dasar manusia ego

orked: oke, kita tukar soalan.

shay: apa dia?

orked: apa rasanya, bangun tidur, pegang breast saya?

shay: ooo whoo.. besh gila lah.. hahah..

Thursday, October 21, 2010

dialog hari ini

Pagi hari:

shay: sayang, g bangun mandi..

orked: 5 minit..

shay: okay, abang mandi dulu ye..

15 minit kemudian:

shay: sayang, bangun mandi.. nak gi ofis tak?

orked: takmo. be dah benti keja..

shay: benti keja dah? okay. abang gi keja dulu ye? be tido ye..

Petang hari terima SMS:

orked: nasi minyak dah siap! cepat la balik..

shay: ok sayang. jap g abg terbang.. woooshh!

orked: hihi, be buat puding roti jugak..

shay: sedapnye.. benti keja la yang.. hehe..

orked: nasi minyak - rm150, ayam masak merah - rm70, puding roti – rm30. dinner hari ni – rm200. nanti I hantar invois, oke darling.. lvu, mwahs..

bintang:
ada orang tu nak gi shopping ngan kengkawan dia kat bangkok. tapi sayang nak keluar duit simpanan - yela nak simpan duit tu buat naik haji nanti. 2 hari ni dapat invois mahal - macam makan kat carcosa seri negara. paling tak tahan - 1 kali raba buah **** = rm100. tapi nape harga nasi minyak lagi mahal? camni hari-hari raba buah **** pon takpe, kenyang juga =)

Wednesday, October 13, 2010

people like us**


gua dapat buku ni 'panas' dari tangan amir muhammad*. err.. bukan gua sebenarnya. orked tolong amek kan. sbb gua pemalu, gua tunggu dalam keta je. ulat buku mcm gua tak cukup kedai buku, internet dan library. walaupon tiap kali pinjam buku, tak penah abes baca sbb emel dah penuh dgn notis suh return buku. masa utk tambah bookshelf, tapi nanti orked demand suh tambah wardrobe plak. mana la i nak sorok buku-buku yg byk tak baca lagi ni...?

Saturday, September 25, 2010

dialog pagi hari


orked: napa sayang tukar stokin?

shay: tak selesa la stokin panjang. bukan mcm u, pakai stokin sampai lutut =p

Wednesday, September 22, 2010

kronologi syawal

shay jemput kakak & family kat airport
orked balik kampung jauuuhhh
orked raya kat kampung
shay raya kat pekan
shay balik kampung jauh sikit je
orked balik dari kampung jauuuhhh
orked start keja
shay balik dari kampung jauh sikit je
shay start keja
orked & shay tolong kawan pindah rumah
nenek orked masuk hospital
orked teman nenek kat hospital
rumah shay buat open house raya
shay hantar kakak & family kat airport
ayah shay masuk hospital
shay teman ayah kat hospital kejap je
orked hantar shay kat airport
shay outstation
boss orked turun malaysia
nenek orked kuar hospital
ayah shay kuar hospital
orked jemput shay kat airport
shay & orked baru nak bercinta semula
adik shay bersalin pulak - umar dapat sepupu perempuan
shay hantar ayah g hospital utk follow up
orked hantar shay kat airport lagi
shay outstation lagi sekali
orked sibuk closing
orked jemput shay kat airport


bintang:
walaupun blog ini semuanya tentang orked, hakikatnya orked bukanlah no 1 dalam hidup saya. komitmen sangat banyak. hingga tak cukup masa utk bernafas.
thanks eh, be.. for your understanding.. even bukan no 1, lepas ma, abah, kerja, family, kawan-kawan & aktiviti rekreasi saya, awak no 7 dlm hidup saya.. kira oke la tu.. awak suka no 7, kan? =p jom gi holiday!

Thursday, September 16, 2010

dialog depan tv

orked: cite apa ni?

shay: filem yg sama mcm drama tv3 ptg2 tu. tp ni filem.

orked: oo..

shay: macam filem farid kamil tu la. dia wat drama apa tu nama dia, AYAMADA.. eh.. aa.. ADAMAYA..

orked: AYAM TAKDA incik.. ITIK ADA.. AYAM TAKDA..

bintang:
lidah saya pendek. selalu tersasul. cakap pulak tu nak abes cepat je. tah apa biji butir tah.

Wednesday, September 15, 2010

dialog raya

shay: mana nak makan ni, be?

orked: ala, masak je la. bukan susah sangat.

shay: masak??! ting tong teng.. *cubaan membuat sound effect saspen

orked: apa u mepek ni?

shay: oh, i salah wat sound effect.

orked: patutnya, jeng, jeng, jeng.. papetah u ni..

bintang:
kepada pengusaha gerai & restoran sekitar lembah kelang, mohon kembali segera ke pangkuan restoran ye. saya dah muak makan fast food di musim raya ni. belum terbuka pintu hati utk kembali masak sbb penat buat rendang, nasi impit, serunding & kuah kacang raya tempoh hari belum hilang lagi. ye, saya sudah mula keja sbb tak kuasa nak layan tetamu dtg umah =p

Wednesday, September 1, 2010

dialog closing

shay: busy ke sayang?

orked: busy

shay: banyak kerja?

orked: closing, kan.. nape?

shay: em.. takde papela..

orked: cakap je la nape?

shay: boring.

orked: alololo.. meh i peluk.

shay: takmo.

orked: takmo? bistu, nak apa?

shay: nak tetek. hehe..

orked: hah? kurang ajaq!

bintang:
rindu mau rasa pedih, terhiris & berdarah di hati. kamu sangat baiklah sayang.
Sometimes I even cut myself to see how much it bleeds
It's like adrenaline, the pain is such a sudden rush for me

Monday, August 23, 2010

dialog bila bertekak

shay: eh, be ni biadap tau. sebab tu nama be bunyi bi. bi for biadap..

orked: abang tu, bang for bangang!

shay: cis!

gaduh jarang sekali tapi bertekak tiap-tiap hari. mulut je kasar, tapi manja menggedik-gedik macam jeli =p

Tuesday, August 3, 2010

dialog atas katil

orked tanggalkan pakaian sehelai demi sehelai. cuma tinggal set pakaian dalam yg meruntun jiwa dan nafsu, lalu berbaring utk melepaskan lelah setelah seharian di pejabat.

orked: tak nak la yang.. *sambil menepis tangan shay yg mula jalankan tugas-tugas merayap

shay: ala, i nak belai-belai lembut je. tadi u jugak call, suh i balik cepat. u kata, tak tahan..

orked mengalah. shay mula memanjat ke atas orked. baru nak kecup bibir -

orked: oke. bagi i baring atas u.

shay: orait babeh.

shay mula ketap bibir. orked pon sama. kuasa letrik dah mula mengalir seluruh badan. oh yeah. eh, tapi...

shay: jap! napa tetiba pulak u nak baring atas i?

orked: eh, u kan suka perempuan dominan?!

PAPP! seraya tapak tangan orked melekat ke pipi shay. hamek kau!

nota kaki: comment pada blog Milestones , entri 30 Julai adalah dirujuk.

Wednesday, July 21, 2010

dialog sebelum tidur

shay: meh, nak peluk.. (*sambil selit kaki di celah kaki orked) eee.. panas la u ni..

orked: memang la panas.. kita kan mamalia..

shay: eh, tak baik ckp camtu. kita bukan haiwan la. mamalia tu haiwan. kita manusia.

orked: tapi manusia pon beranak dgn menyusu jugak.

shay: tapi tak sama..

orked: oh silap, mamalia menyusukan anak, tapi manusia menyusukan anak dan suami, ye..?

shay: ngok ngek la awak ni =p

Sunday, June 27, 2010

dialog seksi

orked: sayang... u rasa i ni seksi tak?     *sambil pose manja gedik-gedik atas katil

shay: emm.. seksi..!    *dengan gaya nada jujur

orked: dalam banyak-banyak gelfrens u, sapa paling seksi?

shay: aaa.... nanti jap, i fikir dulu...

orked: melampau la kan... macam banyak sangat gelfren dia?!

bintang:
gadis-gadis (pinjam dari gp) seksi dari kaca mata saya yang bisa buat turn on:

  1. yang sedang bermain gitar di atas pentas sambil menyanyikan lagu ciptaannya sendiri. lebih lagi kalau gadis itu berbaju kurung lulusan 1st class TESL atau gadis bertudung yang sedang cuti semester kursus undang-undang... oh, tetiba seperti mahu sambung belajar di uitm dikelilingi gadis-gadis bijak =)
  2. career women who love their jobs, committed to it and never complained about it. lagi-lagi kalau  berkaki panjang, berskirt pendek dan sedang melontarkan idea genuine tentang analisis ekonomi global
  3. gadis-gadis bersaiz 2 atau 4 yang berpeluh di dahi dan dada sewaktu berjogging di lembah kiara. gadis saiz selainnya mohon usaha lagi supaya fit saiz 2 oke. buat masa ni, muatan berat di lorong kiri ya! 
dan pastinya paling seksi di mata saya bila awak bertungkus lumus di dapur dengan office attire menyediakan dinner paling sedap untuk kita setiap malam =)

Thursday, May 27, 2010

out station 2 minggu berturut-turut buat saya lelah

*tangan shay merayap mencari tangan orked. bila tidak jumpa, shay labuhkan saja tangannya di paha orked.

orked: eh, apa pegang-pegang ni?

shay: em.. tu la.. baru seminggu tak jumpa, nak pegang pon dah tak boleh..

orked: kalau org lain tu, pegang sikit dah macam kena elektrik. bini sendiri, nak pegang pon tak boleh.. tak senonoh la bini awak ni..

shay: tau takpe.. camane la i tak carik lain =p 

tapi bercinta 14 tahun sama kamu belum bisa buat saya asthma =)

bintang: berapa tahun lagi kita nak kapel ni? awek lain dah tanya, bila giliran diorang plak? =P

Friday, May 21, 2010

sapa kata saya tak romantik?

saya bagi awak 14 sebab kenapa saya sayang awak selama 14 tahun ni:
1. sbb awak cantik
2. sbb breasts awak cantik ;p
3. sbb awak pandai masak
4. dahla pandai masak, masak sedap plak tuh
5. dahla masak sedap, cepat plak tuh
6. sbb awak pandai masak nasi minyak, stgh jam dah blh makan, tak payah berlapar lelama
7.sbb awak pandai masak nasi tomato
8. sbb ayam masak merah awak marveles gila, kalah katering haji adek kat kampung saya
9. sbb awak ada je idea nak masak apa walaupun takde bahan dlm peti sejuk tu
10. sbb awak sexy dan suka pakai sexy-sexy ;)
11. sbb awak kelakar gila babi nak mampos
12. sbb awak sayang saya jugak
13. sbb takde awek lain sayang saya, atau sebenarnya ada, tapi diorang malu nak mengaku. diorang patut tahu, kalau pun diorang confess, saya ni adil dalam membahagikan kasih sayang =p
14. sbb breasts awak cantik.. eh, saya dah ckp yg ni ke tadi..? heheh

Wednesday, May 5, 2010

selamat malam, sayang..



Sometimes there isn't enough hours in a day,
not enough hands to please everyone,
not enough space amidst the fuzziness in the mind to please everyone.
All one can do is hit the reset button - go to bed and start afresh tomorrow.

Saturday, May 1, 2010

menjelang usia 14 tahun percintaan

shay: be, diorang pegi tasik chini tau 28hb ni.. kita gi nak? eh, tapi ala... cousin saya kawen..

orked: bukan u kata u ada kem ke?

shay: itu 30hb. kenduri 29. sempat kot.

orked: u ni memang takde cita-cita ye nak celebrate anniversary kita? org lain tu siap celebrate bulan-bulan lagi. apa tu..? monthlyversary..?

shay: ahahaha.. *sambil senyum kelat terpisat-pisat... (haah, lupa la anniversary eh bulan ni? =p)

Thursday, April 29, 2010

dialog dalam kereta

orked: tadi makan dgn sape?

shay: makan sorang je.

orked: awak takde kawan ke kat opis tu?

shay: takde. malas nak berkawan. takpe ke, awak? saya tak berkawan ngan orang.

orked: takpe. ada kawan banyak pon menyusahkan je.

shay: menyusahkan. mempergunakan. mengambil kesempatan.

orked: awak pernah tak mengambil kesempatan ke atas saya?

shay: selalu.

orked: contohnya..?

shay: waktu awak tidur, saya selalu mengambil kesempatan meramas-ramas ***** awak.

PANG! perghh... nasib sempat mengelak. kalo tak, merasa kena cium dgn nalgene. btw, saya mahu cari nalgene 2 bijik! satu utk orked, satu utk shay... sooo sweeet...

Tuesday, April 20, 2010

dialog seram

macam biasa, bila orked busy closing, shay akan jadi kucing kelaparan. nama nak masak sendiri tu, langsung takde inisiatif. waktu lapar gedik-gedik tu, sibuk la mengiau sambil menggesel-gesel badan kat orked.

orked: ko ni kenapa? dari tadi dok himpit-himpit orang.

shay: aku lapor la.. ko tak masak..

orked: hee.. pergi kat tuan ko.. aku tak bela ko..

shay: hah?!!

nota kaki:
kalo aku ni hantu raya, dah lama dah ko tak dapat beraya, tau tak! marah betol! =p

Monday, April 5, 2010

tidak tahu bila lagi punya waktu senggang. cuma mahu kamu tahu, kalau saya ini vertebrate, saya lembik tanpa kamu. kalau saya ini mesin, kamu serupa enjin yg menggerakkan. bunyi seperti drama tapi pengorbanan kamu itu menakjubkan. utk siapa saya yg sekarang ini, utk siapa saya yg akan dtg nanti, tolong ingatkan saya bahawa tanpa kamu, saya entah siapa siapa aje. hari ini mahu tulis nama kamu pada udara, dan bernafas dengannya...

Friday, March 19, 2010

dialog dalam cerita pendek minggu ini - kisah benar

aku mencapai remote, mula memainkan video klip lagu-lagu dari cerita glee. ku lantas bangun sambil menggoyang-goyangkan badan meniru rutin tarian. dari dalam bilik, orked mengomel-ngomel sambil sibuk packing utk aktiviti camping keesokan harinya.

"baik aku tolong, kang dia ngamuk, buat hilang mood je nanti," getus hatiku. kucapai t-shirt 3 helai, buff dan busana tersipu lalu ku sumbatkan ke dalam beg. sesudah itu, kuhempaskan badan ke tilam sambil mataku tertancap pada orked.

"abg pakai baju apa? be tak tau la nak pakai baju apa? be takde baju la. rimas, tau tak?" sudah masuk 2 minggu orked menyuarakan masalah yang baginya sangat besar itu. setiap pagi, kerisauannya tentang pakaian ke pejabat menjadi-jadi.

"t-shirt syg kan banyak. pakai la t-shirt gelap, kalau tak nanti burung lari," kucuba memberikan cadangan yg bernas. sesuai dgn misi kami utk mengintai burung esok.

"t-shirt be dah takde dah. semua buruk."

"memang la buruk. mana ada orang pakai baju baru hari-hari?," aku mula panas hati. "ko fikir ko tu paris hilton mahu tukar baju baru hari-hari?" soalku, dalam hati je la tapi.

"ala, be taknak. baju kerja pon takde. semua dah buruk."


"apa yang buruknya? baju awak penuh 2 almari tau tak? tu kat bilik sana tu, berlambak-lambak baju, taknak pakai," aku mula meninggikan suara.

"mana ada baju?" orked membalas.

"tu baju kurung banyak-banyak tu nak buat apa?"

"ala, tak nak pakai baju kurung," tonasi suaranya berubah mendadak menjadi rendah dan manja.

orked lantas bergerak ke arah katil, baring lalu melabuhkan kepalanya di perutku. dia terdiam beberapa ketika, dan tidak semena-mena menangis teresak-esak. duh, aku clueless. tadi oke je, tetiba plak boleh menangis. kuusap rambutnya perlahan, cuba memujuk. otak berselirat, cuba mencari kata-kata yang paling sesuai untuk kuluahkan bagi kupujuk hatinya yang bersedih itu. dan hasilnya:

"tensen sgt ke be takde baju baru ni? sampai be nanges-nanges ni?"

"hah?" orked menatap wajahku yang kebingungan. "awak, saya ni dah nak masuk 29 thn la. bukan lagi orked yg awak kenal masa umur 14 thn dulu. cuba awak fikir, apa yg org umur 29 thn macam saya ni risau?"


"aaa.. awak nak gi saloon ye? nanti saya teman awak gunting rambut ye?" tekaan ku lagi.

"awak! saya dah besar la. takdenye saya nak risau pasal benda-benda kecik macam tu."


"bistu, apa dia?"


"pikirlah sendiri!"

nota kaki:
you'll never understand women. kejap gelak, kejap nangis. bila dia cerita pasal sesuatu, otaknya berfikir tentang sesuatu yg lain. while men - even when a man is listening, he's still going to get it wrong. =p

Tuesday, March 2, 2010

dialog sms

rewang pengantin. ikat telur pada bunga telur yang bunganya bunga sabun. bunga telur sabun. capai hp.

taip "be ingat tak dulu i ada ukir sabun pastu bagi kat u. sweet kan?" send.

17 saat kemudian. teet teet. sms masuk.

orked balas, "haah, macam pondan! hahaha.."

haram! kamu memang tidak menghargai kekasih hati yg sgt sweet lagi romantik ini..

bintang:
ye, saya demam lagi utk sekian kalinya. sudah jadi acara wajib setiap 3 bulan.

Thursday, February 25, 2010

dialog kereta

orked: eh, baju u tempah ritu tak amek lagi, kan?

shay: haah, lupa la. nanti kita gi amek yer.

orked: boleh la u pakai raya nanti.

shay: takyah tunggu raya. bulan 4 ni cousin i kawen.

orked: oo.. camtu i pon nak tempah baju la.

shay: u ni asek tempah baju je. pakainya idak. balik-balik jeans ngan t-shirt. bebalik jeans ngan t-shirt je..

orked: okela. camtu pasni i nak g tempah t-shirt je.

shay: huh..?

Monday, February 22, 2010

nombor dalam backpack

10 ribu langkah
9 kg beg
8 helai seluar dalam
7 restoran
6 kapal terbang
5 hostel
4 negara
3 tren
2 minggu
1 awek yg sama! =p

terima kasih ya bungaku.. menanti utk sejuta langkah yg mendatang di planet sunyi ini..

Sunday, February 7, 2010

ada dialog

shay: awak terminal brp?

orked: 2..

shay: ooo.. saya terminal 1.. emm..

orked: awak ada? ada ke?

shay: apa?

orked: ada saya tanya?

shay: peduli apa saya, awak tanya ke tak?

nota kaki:
transit 36 jam di KL. ngantuk, penat, gila! pernah tonton 2 days in paris? ye, saya seperti mahu clash saja ngn orked. gila punya bitch! hahaha.. it's ok be. trial tu. esok another week for backpacking. we'll see, apa kita cukup hebat utk tidak arguing bukan pada comfort zone kita?

on another notes; digestive problem, irregular sleep patterns & fatigue: takkan la saya jet lag pulak. esok mahu fly lagi. duhh.. menggigil tgn ni..

Thursday, January 28, 2010

dialog hari ini

shay: kadang-kadang la be kan.. selalu gak abang tertanya-tanya..

orked: tanya apa?

shay: kenapa la abg yg pemalas ni dipertemukan dgn perempuan yg sama malas mcm be ni?

orked: haram!

shay: hehehe...

nota kaki:
orked ni satu benda je yg dia rajin - rajin masak! balik kerja, nak hilangkan tension, terus masak sampai tak sempat nak tukar baju opis. nasib masak sedap! sebab itu la saya dgn relahati mengemas rumah, menyidai baju, mengemop lantai, menegangkan bedsheet, basuh pinggan, cuci toilet, buang sampah... tak larat nak list dah.
otak sgt tepu! akan sgt busy for the next 2 weeks. pastinya saya akan merindui kuala lumpur yg sangat tak fun ini!

Monday, January 25, 2010

dialog dgn si kecik

shay: PSP adik 'awak' ada game 'Diner Dash' tau aby?

aby: iye?

shay: tapi 'awak' tak reti main la. awak main scrabble, spelling bee tu reti la... bla bla bla...

aby: awak ada? ada tak? ada?

shay: ada apa?

aby: ada aby tanya..?

shay: ces!

orked: *gelak tak ingat

Saturday, January 23, 2010

dialog kereta

shay: agak2 lepas tak u-turn ni?

be: tu kan ada polis tu.

shay: yela, tapi boleh u-turn kan? takde sign cannot u-turn pon.

be: polis jaga la. nak u-turn, u-turn la.

shay: lepas ke tak? u-turn ke tak? (*sambil memandu laju menghampiri polis yg mengawal traffic lite)

hasilnya: tak berani nak u-turn. depan polis maa..

be: hahaha! abang kechuut! abang kecut!

shay: diam la. orang nak carik jalan ni.

be: abang kecut! abang kecut!

shay: shut up bitch! i'm trying to drive (*pinjam lagu eminem - stan)

nota kaki:
bila tiba waktu gila kami, bahasa kesat jadi mainan. tapi sungguh tak cool bila orked panggil saya bitch. bitch itu perempuan gedik mcm awak hahah..
be, awak bukan bitch oke. awak bunga saya. thanks for being the most understanding and craziest bitch for me. hehe..

Wednesday, January 13, 2010

ini dialog bulan lepas

pepagi buta kelam kabut dalam bilik, memasing berlumba utk bersiap-siap. bungaku sedang selongkar almari.

shay: eh, suar trek u kat bilik sebelah la.

orked: be bukan mcm abang!

shay: what?

orked: jogging tak pakai sependa! =p

nota kaki:
saya sudah practising fitness regime since november. bungaku si orked juga mahu turut serta pagi-pagi sebelum ke ofc. kau fikir senang mahu dapat body serupa dementieva? sakit bhai, mmg sakit. kau kena sabar & disiplin. kesannya, wow! abs saya mula menampakkan ketul-ketul 6 packs. tapi yg sedihnya, once kau stop, 6 packs kau akan bercantum jadi spare tyre hehe.. mahu join boot camp saya? meet me every morning at tmn tun park =)