Tuesday, October 27, 2009

happy birthday

kekasihmu yg lain-lain pastinya sudah nyanyi-nyanyi di telinga tepat 12 pagi waktu kamu terkebil-kebil kemengantukan. sudah pasti juga kamu terima bouquet bunga ros merah kegemaranmu sebesar pemeluk tika jejak saja kaki di lantai opis sebelum pipimu kemerah-jambuan malu ditegur kawan-kawan satu lantai. pulang pula harus saja dibawa makan malam romantik di restoran mewah bersama sinar lilin untuk santap makanan-makanan barat yg tak confirm halal ke tidak sembelihan daging dari new zealand itu atau seafood yang dicampak sesudu-dua wine putih sebelum bikin surprise lagi dgn hadiah-hadiah yang kononnya mahal yang tunggu giliran setiap tahun memenuhi koleksi peribadimu sama ada tas tangan atau jam berjenama (tah hape hape) atau handphone atau pda (yang kamu sendiri tak reti pon nak guna =p) dan sekali lagi bikin surprise bila semua kakitangan dan tukang cuci pinggan restoran menyanyi-nyanyi lagu orang putih itu untuk kamu sebelum kamu pulang untuk tidur nyenyak gembira dan puas menghabiskan duit-duit mereka untuk satu hari ulangtahun kelahiranmu.

i wasn't there for our anniversary. i wasn't there for your birthday too. kekasihmu yang ini bukan saja tidak menyanyikan untuk kamu, tapi tidak juga wish untuk kamu dari mulutnya. kekasihmu yang satu ini terpisat-pisat bangun 3 pagi kerana mahu ke tandas lantas teringat sudah masuk hari ulangtahunmu. sebelum terlupa baik sms saja - "happy birthday. aaa..." ya, kekasihmu ini lupa apa yg biasanya org wish utk birthday girl. ah, katakan saja i love you. sudah cukup tu. oke =) birthday present? katakan saja saya kopak bulan ini. u can claim later, oke. adakah saya take for granted?

cuma saya mahu tahu: adakah kamu, selepas 28 tahun masih mahu sambut ulangtahun? bersama kekasihmu yg 13 tahun ini? adakah kamu masih perlu kotak yang cantik-cantik dengan pembalut hadiah berbunga untuk kamu buka setiap ulangtahunmu untuk kamu suspens apa agaknya ada di dalamnya? adakah kamu masih mahu terkejut yang bukan-bukan disebabkan surprise yang rasanya tak surprise pon sebab hari tu hari istimewa kamu? (surprise pada hari biasa barulah surprise!) atau kamu masih mahu dengar lagu yang sama itu sebelum acara tiup-tiup lilin pada kek cawan? saya tidak suka klise. and yes! tahun ini tidak klise lagi kerana saya yang dapat present dari birthday gerl! hahah! thank you sayangku...

pesan saya cuma satu: tiap tahun, pada hari istimewa kamu ini, jangan lupa ucap terima kasih dan hadiahkan ibu kamu, kerana dia selayaknya dapat celebration kerana bertarung nyawa melahirkan kamu yang sekarang ini. terima kasih ummi kerana lahirkan kekasih yang comel lote utk saya =)