trip ini bukan fun. for me, it was an eye opener. adaptasi dgn komuniti asli jahai. yg hidup hanya dgn makanan yg sekadar cukup utk alas perut. pakaian yg sekadar cukup utk tutup mana yg patut. dan tmpt tinggal yg sekadar cukup utk berteduh. air dari tasik, cahaya dari lampu kerosene, dan astro dr tenaga solar. (ko tak bayar bil air dan api, tapi ko bayar bil astro. hmm..)
saya dah biasa hidup dgn very very basic needs. lagi basic gile dr org asli ni. tp saya lupa cik orked tak biasa rupanya. nasib la ada miracle - cik orked dpt coverage hp utk borak dgn family dia on 2nd day. pastu baru dia oke sket.
few stuffs - berakit dan jiblon kat tasik temenggor, rafflesia hunting, air terjun, herbal planting, tak sempat nk tgk masak nasi dlm buluh... sayangnya, hornbill tak sebanyak thn lepas. tp bagus gak. tak kuasa la aku nak mengira sampai ribu-ribu sekali dtg, kan? mahu lenguh tengkok.paling tak rugi bawak cik orked ialah - dpt makan sedap gile. org kata, dlm hutan ni, biskut meri pon rasa mcm roti jala. bayangkan la sedapnya bila cik orked masak kari kentang ngn kentang masak kicap dan masakan kentang-kentang yg lain. gila kentang!
(kentang adalah makanan faveret saya seperti kentang goreng, kentang putar, kentang lenyek, karipap kentang, dan segala mcm jenis kentang lagi la)
oh.. kalao org tanya, apakah saat plg heaven utk saya chill? jawapannya ialah baring atas hammock yg atapnya flysheet hijau grand zebra besar yg sgt kukuh di tepi pantai pulau tiloi. jam pkol seploh malam dgn bunyi ombak air pasang penuh yg giginya hanya setengah meter dr hammock saya bersama nyanyian cicada-cicada dan unggas hutan. pulak tu hujan renyai-renyai dgn tempias sket sket ala menyejukkan. masa tu rasa berdebar agak-agak hammock ni blh basah ke tak kena ujan. walaupon ko ala-ala tgh rest in peace, tp still ada adrenalin rush. bila bgn pagi dan tak basah (sebab ujan, bukan sebab lain) rasanya mcm puas sbb dpt bina hammock dan atap yg perfect. utk ini, xperlu ada degree architecture heheh.. heaven heaven.. korang tak penah rasa, korang tak tau la... gila heaven la tiloi tu..